Tentang Saya

Mohd Adha Shah bin Mohd Basir, atas minat yang mendalam dalam dunia Perniagaan Internet menjadikan blog ini sebagai platform perkongsian kehidupan, pengalaman & ilmu yang diperolehi. Memperolehi Ijazah Sarjana Muda Pengurusan dari Universiti Tun Abdul Razak pada 2009 dan bercita-cita melanjutkan pengajian jika kewangan dan segala keperluan mengizinkan, insya Allah.

Mempunyai pengalaman pekerjaan dalam pelbagai sektor iaitu pendidikan, oil & gas, latihan, pembangunan masyarakat dan permasaran serta jualan. Melalui pengalaman dalam pelbagai lapangan, ingin berkongsi ilmu dan pengalaman yang diperolehi kepada masyarakat agar ia dapat memberi manfaat kepada semua.