Terlebih dahulu saya rakamkan ucapan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pejuang barisan hadapan bagi menangani krisis Covid-19. Sesungguhnya, budi dan jasa Tuan/Puan hanya Allah sahaja mampu membalasnya.

Apakah kita sebagai rakyat perlu lakukan?

Saya ingin lahirkan rasa dukacita apabila berlaku terlalu banyak berita dan maklumat palsu sepanjang krisis. Ada segelintir daripada kita terlalu mudah panjangkan sesuatu maklumat atau berita tanpa memikirkan kesahihannya dan kesannya kepada masyarakat serta negara. Saya harapkan, kita dapat memainkan peranan dan bersatu hati bagi menyokong kerajaan serta pihak barisan hadapan pejuang Covid-19.

Untuk mendapatkan maklumat yang sahih Tuan/Puan boleh dapatkan daripada laman sosial rasmi Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia. Di samping itu, boleh follow Channel Telegram Majlis Keselamatan Negara di link ini ==> Klik sini. Malahan Kementerian Kesihatan juga ada channel Telegram ==>Klik sini.

Kepatuhan kepada arahan semasa kerajaan

Mengambil peluang ini juga, mari kita sama-sama berganding bahu dan bersatu hati agar ;

1. Duduk di rumah. Hanya seorang daripada wakil keluarga sahaja membeli barang keperluan.

2. Jaga jarak sosial. Jaga jarak 1 meter apabila berada di luar, terutamanya ketika membeli barang.

3. Jangan sebar berita PALSU.

Apa boleh buat sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan?

1. Baca buku. Kalau takde buku, boleh beli online. Ada penerbit buku yang tawarkan diskaun sepanjang PKP ni.

2. Jika nak minimakan pergerakan di luar, boleh juga beli barang atau bayar bil secara online. Sekarang saya pun beli barang kat Shoppee je. Hehe.

3. Mengemas rumah.

4. Bonding time bersama keluar.

5. Senam di rumah.

Okay, sekian dulu untuk waktu ini.