Kenali Pasukan Kami
Terdiri daripada pelbagai latar belakang dan pendidikan serta pengalaman, kami bertekad untuk menabur budi serta bakti untuk meneraju Pemuda UMNO Bahagian Pontian dengan lebih progresif dan dinamik.

Mohd Adha Shah bin Mohd Basir
Calon Pengerusi Tetap
No. Calon : 2
Baru menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan di UTHM, sambil bekerja sebagai Pengurus di sebuah syarikat IT. Berpengalaman dalam bidang profesional antaranya sektor minyak & gas, pendidikan, pembangunan usahawan dan ekonomi digital. Turut memperolehi Ijazah Sarjana Muda Pengurusan, UNIRAZAK pada 2009. Di samping itu, bergiat aktif dalam NGO antaranya Kelab Alumni MBA UTHM selaku Presiden. Pengalaman politik – Ketua Pemuda UMNO Cawangan Spg. Jawa & Timb. Ketua Cawangan (2023 – 2026). Menjadi calon Parlimen Belia pada tahun 2014.

Muhd Abd Rahman bin Khamis
Calon Timb. Pengerusi Tetap
No. Calon : 1
Memperolehi pendidikan dalam Diploma Sains Komputer dari Kolej Teknologi Timur dan kini menjalankan perniagaan sendiri. Mempunyai pengalaman dalam pengurusan acara dan perkhidmatan F&B sewaktu berkhidmat di Kuala Lumpur City Tower (KLCC). Di samping itu turut aktif dalam khidmat bakti masyarakat bersama NGO Gerakan Belia 4B (M) – EXCO Negeri Johor (2018 – Kini) & Setiausaha Kawasan Pontian (2018 – Kini). Pengalaman politik – Ketua Pemuda dan Pengerusi Tetap Pemuda UMNO Cawangan Jalan Wawasan. Turut diberi kepercayaan menyandang jawatan Setiausaha UMNO Cawangan Jalan Wawasan.

Muhammad Syafiq bin Mohd Don
Calon Ketua Pemuda UMNO Pontian
No. Calon : 1
Seorang ahli perniagaan dan aktif kegiatan NGO serta penglibatan politik. Kini adalah Ahli Majlis bagi Majlis Perbandaran Pontian. Antara pengalaman dalam NGO – Pengerusi Tetap 4B (M) Kawasan Pontian (2022 – 2015), AJK Gerakan Belia 4B (M) Negeri Johor (2018 – 2022), dan Pengerusi Gerakan 4B (M) Pontian (2018 – 2022). Penglibatan politik – Menganggotai Dewan Muda Johor (2019 – 2021), Timb. Pengerusi Tetap UMNO Cawangan Prt. Terus (2023 – 2026), Ketua Penerangan UMNO Caw. ( 2013 – Kini), dan Naib Ketua Pemuda UMNO Caw. (2013 – Kini). Memperolehi pendidikan dalam Diploma Pengurusan Institusi Islam dari IKIP International College.

Muhammad Isa Bin Ahmad
Calon Naib Ketua Pemuda UMNO Pontian
No. Calon : 2
Aktif dalam kegiatan sukan dan seorang usahawan. Pengalaman dalam NGO adalah sebagai Pengerusi Kelab Gym Brotherhood dan Pengerusi Gerakan Belia 4B (M) Jelutong, Kawasan Pontian (2022 – 2025). Melalui pengalaman yang ada, menawarkan kepada anak muda perkongsian gaya hidup sihat dan aktiviti sukan yang merupakan kegiatan yang sangat dekat kepada golongan belia. Pengalaman politik – Ketua Pemuda UMNO Caw. Prt. Semerah.

Mohd Norfaiz bin Mohd Rusad
Calon AJK
No. Calon : 8
Merupakan pengamal undang-undang (Peguam) di Tetuan Yacob Atan & Associates dan memperolehi Ijazah Sarjana Muda Syariah Dengan Undang-Undang dari Universiti Islam Antarabangsa Selangor (UIS). Selain itu, beliau juga merupakan EXCO Persatuan Peguam Syarie Malaysia (Negeri Johor) sejak tahun 2018 – Kini. Penglibatan politik – Ketua Pemuda UMNO Cawangan Prt. Archong (2023 – 2026) dan Setiausaha UMNO Cawangan (2018 – Kini).

Mohammad Burhanuddin bin Salleh
Calon AJK
No. Calon : 4
Mempunyai pengalaman dalam bidang perbankkan dan kini merupakan Pengurus Projek di KBS Group. Memperolehi Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan Sumber Manusia) dari Universiti Tenaga Nasional(UNITEN). Memainkan peranan sebagai Urusetia Biro Penerangan Barisan Nasional pada PRU-14. Penglibatan politik – Timb. Pengerusi Tetap Pemuda UMNO Cawangan Prt. Seraya (2018 – 2023) & Ketua Pemuda UMNO Cawangan (2023 – 2026).

Mohd Azlan bin Hj. Rahmat
Calon AJK
Berkhidmat sebagai Anggota Kumpulan Sokongan di Kementerian Kesihatan dan memperolehi Diploma Latihan Separa Perubatan. Di samping itu, sedang melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Awam secara separuh masa di UUM. Turut bergiat aktif dalam NGO, antaranya Pengurus Pasukan Bola Sepak Kesihatan Daerah Batu Pahat, dan Kelab Sukarelawan Kesihatan & Pergigian Batu Pahat (AJK). Pengalaman politik : Setiausaha Pemuda UMNO Cawangan Bandar Pontian.

Mohd Azman Bin A. Rahmad
Calon AJK
No. Calon : 18
Diperakui kompeten sebagai Pendawai Eletrik oleh Suruhanjaya Tenaga yang mana telah memperolehi pengitirafan sebagai Pendawai Elektrik PW4 (2012) dan Pendawai Eletrik PW2 (2010). Selain daripada mahir dalam bidang teknikal, turut bergiat aktif dalam penglibatan NGO iaitu Pertubuhan Teras Melayu Malaysia.

Nor Izuan Bin Nor Rahman
Calon AJK
No. Calon : 15
Merupakan Pegawai Tugas-tugas Khas kepada ADUN Pulai Sebatang, YB Hasrunizah Hassan (April 2022 – Kini). Turut aktif dengan penglibatan NGO sebagai Pemimpin Pengakap Kelana D Persekutuan Pengakap Daerah Pontian (2003 – Kini). Pengalaman politik – AJK Pemuda UMNO Cawangan Bandar (2010 – 2017), Naib Ketua Pemuda Caw. Bandar (2018 – 2022) dan Ketua Pemuda Caw. Bandar (2023 – 2026).

Mohd Al'Haj bin Serpan
Calon AJK
No. Calon : 22
Berkerja sebagai Pekebun Kecil dan menetap di Kg. Parit Jawa, Sanglang, Ayer Baloi. Berkerja menguruskan kebun-kebun kecil milik penduduk kampung dan beberapa lagi tanaman kontang seperti tanaman pisang dan sebagainya. Pernah berkerja dalam sektor perkilangan 2 tahun dah perbankkan selama 6 tahun.

Mohd Hanif Bin Kassim
Calon AJK
No. Calon : 21
Mempunyai pengalaman dalam bidang kejuruteraan & keusahawanan dengan memperolehi pendidikan dari Institut Kemahiran MARA Jasin, Sijil Kejuruteraan Teknologi (Penyelenggaraan Mesin), Tahap 3. Kini sedang berkhidmat di Syarikat Air Johor (SAJ). Pengalaman politik – Ketua Pemuda UMNO Caw. Prt. Serom (2013 – Kini).

Mohd Khairul Anuar Bin Ali
Calon AJK
No. Calon : 17
Menjalankan perniagaan sendiri dengan aktiviti jual beli hasil pertanian. Di samping itu, pernah terlibat di dalam bidang perhotelan sekaligus memperolehi Sijil Proffesional dalam Kulinari. Pulang ke kampung untuk berbakti kepada tanah & menabur bakti kepada nusa dan bangsa. Merupakan Ketua Pemuda UMNO Cawangan Pekan Tampok.

Khairul Amri bin Mohd Noraini
Calon AJK
No. Calon : 28
Memperolehi Sijil Penyelenggaraan Bangunan dari Kolej Komuniti Bandar Penawar. Turut aktif di dalam aktiviti NGO selaku Pengerusi Belia Bangkit, Permatang Duku, Benut (2021 – Kini). Sedang menyandang jawatan Ketua Pemuda UMNO Permatang Duku (2023 – 2026). Melibatkan diri di dalam perusahaan ladang.

Mohamad Syakirin bin Taib
Calon AJK
No. Calon : 29
Memperolehi Diploma Kejuruteraan Awam dari Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah. Berkhidmat sebagai Project Supervisor di sebuah syarikat swasta yang menjalankan kerja-kerja civil. Pengalaman politik : Setiausaha Pemuda UMNO Cawangan Parit Marjunid.

Muhamad Firdaus bin Mohamadan
Calon AJK
No. Calon : 5
Mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang logistik, pernah berkhidmat di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) dan Shimano (Kini). Di samping itu pernah melibatkan diri dalam bidang perikanan dan hasil laut serta menjadi Chef.

Suhaidi Tom Nizam Bin A.Talib
Calon AJK
No. Calon : 2
Aktif di dalam sukan bina badan dan merupakan Setiausaha Persatuan Gym Brotherhood Pontian.